|
 |
Memperbaiki kualiti kehidupan orang Pekak. |
|
 |
Menyatukan individu-individu orang Pekak dan berusaha untuk mencapai kemajuan sosioekonomi dan pembangunan diri dalam masyarakat orang Pekak |
 |
Memelihara semua hak dan kepentingan orang Pekak dalam negara ini supaya setaraf dengan hak yang dinikmati oleh warganegara yang normal. |
 |
Memupuk dan memperkembangkan komunikasi dan pemahaman yang lebih berkesan dalam kalangan orang Pekak. |
 |
Menganjurkan aktiviti sukan dan rekreasi untuk masyarakat Pekak. |
 |
Mewujudkan persefahaman, kerjasama dan hubungan erat dalam kalangan orang Pekak |
 |
Memberikan khidmat nasihat dalam soal pekerjaan, kekeluargaan, hubungan sosial dan lain-lain kepada orang Pekak dan menjaga kebajikan mereka. |
 |
Mendorong dan menggalakkan pengintegrasian orang Pekak ke dalam masyarakat bukan Pekak melalui usaha ke arah pemahaman dan penerimaan di antara orang Pekak dan orang bukan Pekak.
|
|
|