Program Vaksin Orang Pekak Pulau Pinang diadakan selama tiga hari dari 13 Julai hingga 15 Julai 2021. Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut untuk mengadakan vaksinasi bagi tiga ratus orang pekak.
Pihak Rumah Orang Tua Jubli Perak dengan murah hati meminjamkan Dewan Jubli Perak untuk tujuan vaksinasi oleh Pasukan Mobile Vaksinasi Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut(PKDTL).